Wednesday, December 1, 2010

2002 - KFC, Tipah dan Atuk

Ok. sekarang saya berada pada tahun 2010. Tidak lama lagi cukup 30 hari lagi sudah menjelmanya alam 2011. Ok, sekarang apa kena mengenanya 2011 dgn 2002 ni? Kerana pada salah satu mnggu pertama tahun 2011 saya akan dikejar anjing dan berlaku peristiwa malang sprti yg berlaku pada tahun 2002. (ok saya tipu)

Sejak kebelakangan ni, bpk runsing dgn sikap saya yg slalu calling & messaging. Sambil-sambil tu,
saya tgh bermsg dgn seseorg dan berkhayal... berbaring2 di sofa sambil mengunyah-ngunyah kerepek
kentang 'Mister Potato' dan tercekik separuh nyawa.. (saya tipu lg sekali)

saya: krruupp.. krruupp..
bpk:msg siapa tu?
saya: mmber je la.. (saya tipu)
bpk: ...

Ok. sbenarnya cerita di atas tiada kena mengena langsung  dengan tajuk asal.. kebiasaannya tajuk yg mnarik
mendominasikan  cerita.. betul kan?

Baik, cerita sebenarnya saya mmpunyai masalah sleeping disorder.. baru2 ni.. kwan2 yg diluar sana, jgnlah mencontohi gaya hidup saya yg x sihat..tidur, makan, mandi, berkhayal dan menonton tv. Perbuatan yg kdengaran tdak seberapa penting, tdak lwak dan biasa dilakukan oleh semua homo2 dan ia juga mnjadi rutin harian bagi seorang lelaki seperti saya... bersukan? nk suruh saya buat apa? berjogging? xpa..
saya x berjogging. saya akan berlari apabila dikejar oleh semut-semut di kaki saya.. sihat bukan? Bulan
lepas berat saya turun 0.009kg.. minggu ni pula naik 0.01kg. Adakah itu bermaksud saya mengalami proses
penuaan dan tidak akan dikembalikan kulit yg cantik dan tidak berkedut seperti orang muda? Punggung saya
mungkin tidak akan cantik seperti dulu.

Baik, saya mmpunyai kwan yg dlam kelompok yg sedikit. Tidak mengerti saya kurang bersosial.. kenapa rmai
kwan yg diluar sana hanya menerima perkara yg baik dari saya? (cth: anda mula berangapan saya seorang yg
pondan selepas baca perenggan di atas.) tp dalam masa yg sama menuduh saya seorang yg sombong. tlg
ubah persepsi diri anda semua ye. Tak kira la saya berbual psal ayam KFC tu bersaiz kecik ke, tipah jatuh
motor ke, bpk saya mendapat gelaran 'atuk' ke.. jikalau rasa x slesa ataupun mlas nk layan, sila jelaskan dgn cara yg lebih mesra kawan  & saya akn cari kwan yg lebih memahami saya. Sekurang-kurangnya pinjamkan sepasang telinga utk mendengar, bbir utk berbicara, otak utk mmberikan respon yg baik dan xjudge diri
saya apabila mendengar tajuk perbualan saya dalam masa beberapa saat.. huh! Dan anda xperlu risau..
persahabatan kita akn berjalan dengan lancar dan bahagia seperti monyet.

p/s: Pengalaman tersebut mungkin tidak sama ataupun tiada kaitan dgn gaya hidup anda..

No comments:

Post a Comment